Wednesday, March 2, 2016

WAYANG | MUNAFIK

Assalamualaikum...

Pagi semalam Seksyen aku buat potluck sempena sambutan birthday bulan Januari, Februari dan Mac 2016. Buat simple-simple sahaja. Aku tak sempat nak memasak sebab tiada idea nak masak menu apa. Sehari sebelumnya tu, aku singgah kedai dan beli karipap dan samosa frozen. Nasib baik dapat idea last minute. Senang betul jadi orang bujang kan?.

Kitorang order kek dari Secret Recipe tapi kek hanya boleh ambil selepas jam 10.30 pagi. Jadi, tengah hari tu, aku ke Alamanda untuk ambil kek. Sempat bersesi memotong kek bagi dorang yang sudah sambut dan akan sambut birthday.

Dari pagi sampai petang perut memang kenyang. Alhamdulillah..Rezeki untuk hari semalam.


Niat hati nak berjogging lepas balik kerja, tapi member ajak tengok wayang pulak. Ok, cancel jogging. Biarkan lemak bersarang di perut. 

Movie pilihan kitorang adalah Munafik. Sempat juga google review orang ramai pasal movie ni dan rata-rata memberikan maklumbalas yang positif. Oklah, memang confirm kitorang nak tengok movie ni. Kitorang tengok di TGV D'Pulze, Cyberjaya sebab tak pernah lagi cuba kat situ.

Sementara nak menunggu movie start, kitorang lepak kat Boat Noodles dulu. Sekadar minum-minum sambil berborak. Nasib baiklah semalam orang tak ramai, jadi tak perlu kitorang nak rushing.



Meh aku nak buat ulasan pasal movie Munafik ini sama ada berbaloi tonton atau tidak.

Kalau sukakan movie bergenre seram, movie ini sangat berbaloi-baloi tapi jangan tengok dengan orang yang penakut tapi berlagak macam berani. Kalau tak, kau akan sakit hati dengar kawan membebel-bebel dan nak movie cepat habis. Hahha..tu yang aku alami.

Orang sebelah aku pulak rasanya dia tutup mata sebab aku dengar dia cakap kat kawan dia macam ni "eh apa jadi? hantu tu dah keluar?" Maknanya memang dia pejam mata lah kan sebab dia tak tahu apa yang jadi.

Selepas separuh movie berjalan, dengar-dengar suara orang dalam wayang dah bising sikit-sikit sebab macam tak tahan apa lagi scene yang nak keluar lepas-lepas tu. Part paling buat kitorang rasa macam tak senang duduk bila babak dalam rumah tengah-tengah malam, tiba-tiba ada perempuan beri salam dari luar pintu dan anak Adam (Amir) nak jawab salam tu tapi Adam sempat tekup mulut anak dia.

Tu belum lagi babak Adam korek kubur bini dia waktu malam dalam hujan lebat dan bawa mayat bini dia naik kereta dan kemudian dukung bawa masuk rumah. 

Babak Maria termasuk dalam bilik mayat pun boleh tahan seram sampai buat aku terfikir "eh kenapa bodoh sangat pergi lari masuk bilik mayat tu".. tak habis masuk bilik mayat, Maria boleh pula masuk dalam peti mayat sebab nak sembunyi dari hantu yang kejar dia. Gila la kau perempuan. Apa pasal berani sangat bengong??

Habis satu, satu lagi scene seram dia keluarkan sampai aku rasa penat tahan rasa terperanjat.

Sebenarnya la kan, kebanyakan elemen-elemen seram tu sama je dengan movie seram lain. Contohnya adegan lif tak bergerak dan lampu lif terpadam. Macam tu juga dengan scene tayar kereta pecah dan ada entiti yang mengganggu.

Bila cerita seram, mesti rumah jauh dari rumah jiran, jalan raya gelap gelita, malam-malam buka tingkap, malam tak buka lampu terang-terang. Aku yang menonton ni jadi sakit hati pula. Dalam saat-saat huru-hara, rumah masih lagi samar-samar dan malap. Aku pun sedia faham, pencahayaan macam tu sebab nak berikan unsur-unsur seram, tapi tu lah.... kita ni fikirkan logik.

Bayangan/hantu memang kerap sangat muncul, awal-awal tu memang rasa tersentak tapi bila lama-lama aku dah boleh agak bila hantu tu nak muncul dan dari arah mana dia akan muncul.

Bagi yang belum tonton tu, korang pergilah tonton. Cabar diri sama ada berani atau tidak. Keseramannya tu tidaklah terlalu ekstrem, biasa-biasa sahaja. Yang menjadikan movie ini best bila ada unsur agama dan ianya seimbang.Banyak moral yang pengarah nak sampaikan.

Sepanjang movie, korang akan terfikir siapa yang jahat sebenarnya sebab semua watak mencurigakan. Tapi rupanya.....orang yang tak disangka-sangka yang menjadi punca.

Movie ini memang berjaya buat penonton tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku, kenapa semua boleh berlaku?

Siapa yang jahat di antara dorang?

Semua orang boleh jadi suspek tapi akhirnya orang yang tak banyak babak, rupanya dia yang berperangai iblis dan lahanat.

Eh jangan lupa, masa babak Adam dan bini dia eksiden, korang kena fikir juga mana anak dia (Amir) pergi? Dah nak habis tu baru korang tahu siapa itu Amir...Keh3....

Korang kena pergi tonton sendiri...Okbai!!!!

"Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat "Sujudlah kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya sujud melainkan Iblis; ia enggan dan takbur dan menjadilah ia dari golongan yang kafir" - Al-Baqarah.

2 comments:

  1. saya tak boleh tgok cerita seram malam2.mcm2 difikirkan dan dibayangkan.Tu yang berlari dlm bilik dah tu suh suami tutupkan lampu n tv semua. cerita ni byk org ckp best. tunggu keberanian dtg baru pergi tgok. hehehe. boleh gitu fendi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha kalau gitu kna tgok time siang2.tahap kritikal cc pnya takut nih..

      Delete